Little Paris
Hi you alls

 photo 458b4d72e3394639a5e6a000f231518e_zpsb9324721.jpg
Assalamualikum! Hi I'm Saidatul Aishah. Welcome to My Paris Town. . Gomawo!


Entries About Linkies Kami


Saidatul Aishah

 photo 7129cdd9-29e4-4e27-a306-420fa51c23da_zps2fcc3eba.jpg


Syafiq Fiqry's own

 photo 1397917532798_zps4abddb6b.jpg</a>
Template: chacha
Basecodes: chacha
Others:   


5/12/14 Stay strong :'(

Bila ditanya tentang hati dan perasaan sememangnya aku masih menyayangimu. Assalammuailaikum. 5/12/14 dimana tarikh itu adalah sangat menyakitkan bagi aku sendiri. Sesuatu benda yang paling aku nak lupakan adalah tarikh tu dan kejadian itu. Dimana aku menangis menahan perasaan bila orang yang aku sayang tinggalkan aku macam tu tanpa kata putus. Sakitnya hanya  Allah jea yang tahu mungkin ini dugaan dalam hidup aku dengan apa salah aku pada dia. Sabar. Sesungguhnya rasa sakit yang aku rasa adalah sakit penyesalan aku sendiri. Aku menyesal dengan ape yang pernah terjadi. Hari demi hari, detik demi detik hari dan tahun berlalu kea 2015. Tahun 2015 aku mengharapkan sesuatu yang baru dari kehidupan aku. Usia aku meningkat ke 20 tahun. Yea, dugaan demi dugaan yang harus aku tempuh mungkin rasa sakit aku sekarang akan membuatkan aku lebih tabah untuk menghadapi segala kemungkinan. Sebuah hubungan aku mengharapkan kekalan tetapi ianya tergantung tanpa penjelasan dari si dia.

Aku tahu hubungan aku dengan kau tergantung tanpa kata putus. Sebab kau sendiri tak pernah mengatakan semua tu aku dah tahu dari awal. Ada 1 malam tu, kau call aku. Sememangnya aku dah tidur waktu tu sebab aku tak sihat. Kau call kata rindu, kau nangis. Perasaan aku masa tu rasa pilu bila dengar suara kau. Aku tak sanggup aku akui. Kau tak pernah tahu perkara yang amat menyakitkan bagi aku adalah balik kenduri makcik kau. Aku teringat bila airin adek kau tanya "akak dah putus dengan abang kea" 1 persoalan yang tak mampu aku nak jawab pada airin. Bila aku dengar eypa kata "abang dah ada pengganti akak" sebaris perkataan yang mampu buat aku rasa putus harapan pada kau. Aku tahu kau post gambar perempuan dekat wechat, kau letak nama girl tu, kau buat cincin couple dengan girl tu. Dengan alasan kau "kau tak nak aku berharap pada kau". Kau ingat aku apa kau nak permainkan perasaan aku dengan segala yang kau buat tu. Kalau aku otak sempit, kau lagi sempit dengan perangai bodoh kau segala bagai kat wechat tu. Tapi kau sendiri yang beri aku harapan palsu kau. Kau rindu, sayang bagai tu ? Kau tahu ape aku rasa sakit wehh. Sakit. Aku menangis bila adik adik kau pujuk aku. Diorang tahu kau ada awex baru sebab tu aku pulang segala pemberian kau, aku tuka num aku, wechat aku delete friend. Why ? Semua sebab kau. Kau yang nak sangat aku tak berharap pada kau kan ? Memang bodoh kau buat semua nie. Sejak tu aku tak nak contact kau, taknak dengar semua tentang kau. Kau buat hati aku hancur. Aku tak suka kau bagi harapan. Bila aku cuba pertahankan cuba pujuk kau langsung kau tak peduli. Walaupun salah aku pada kau perlu kea kau nak sakitkan hati aku dengan cara yang kau buat tuh. Susah aku nak terima semuanya. Dan aku tahu kau takkan terima aku kembali dalam hidup kau. Mustahil. Aku tahu sebab aku terbaca whatsapp kau dengan anis. Kau kata aku ada pakwe dekat KL ? Aku tak pernah ada pakwe KL. Habis awex kau kat perlis tu apeee ? Siap bercincin bagai, cover photo kau dengan perempuan tu, kau ingat aku buta kea ape ? Kau nak perbodohkan aku? Bagus perangai kau. Aku bangga !! Lepas ape yang terjadi antara aku dengan kau. Aku tak pernah terniat nak cari pengganti kau. Tak pernah. Tapi satu yang paling aku kecewa bila kau cakap "Akukan scandal kau jea" aku terasa terhina bila kau cakap macam tu. Mungkin dulu aku memang ada niat macam tu pada kau. Tapi itu dulu selepas aku kenal kau, couple dengan kau. Niat aku hilang macam tu jea. Dengan perlahan aku cuba menyayangi kau setelah sekian lama aku tak bercinta disebabkan ex aku Aidil. Aku berubah jadi setia disebabkan kau. Yes, aku hargai bila muncul nya kau dalam life aku. Kau merubah aku jadi seorang setia. Sebab tu aku terlalu menyayangi kau sampai lah sekarang. Aku tak ada lelaki lain. Aku cuma ada kau. Aku tahu mungkin kau susah nak percaya orang macam aku yang dulu nya ramai scandal tapi tak mustahil bagi aku berubah semua tuh. Aku tetap setia dengan kau sampai lah sekarang. Bila aku dapat tahu kau ada appendix nak kena bedah. Aku cuba untuk abaikan kau. Tapi aku tak boleh aku tetap ambil berat pasal kau. Dengan call mak kau tanya pasal kau masa tu. Aku cuba untuk rendahkan ego aku untuk call kau. 8 bulan aku still dengan kau walaupun keadaan kita macam nie aku cuba untuk kuat. Aku memang tak nak contact kau. Tapi aku pelik mana kau tahu twitter aku, wechat baru aku. Kekadang mana ada aku, situh mesti ada kau. Semua kau tahu. Serius pintu hati aku tertutup sangat. Hati membeku. Wechat baru aku, aku buat sebab tak nak kau carik aku. Tapi kau dah tahu. Wechat lama aku still ada lagi sebenarnya. Aku selalu on wechat lama. Bagi aku wechat dah tak penting dalam hidup aku. Twitter sama seperti blog tapi ianya tak boleh berkarang panjang. Yea mungkin wechat dulu tempat aku carik scandal. Tapi tidak sekarang. 2015 tak ada scandal dalam hidup aku sekarang. Alhamdulillah aku mampu buktikan semua nie. Aku cuba untuk terus melangkah dan terus matang setiap menjalani kehidupan aku. Aku rasa kehidupan aku yang sekarang lain berbanding dulu. Semua nie disebabkan tarikh 5/12/14. Benda dah lepas aku malas nak fikir semua nie. Biarlah semua nie berlalu. Ape yang penting masa sekarang yang harus aku corak agar menjadi lebih baik. Tapi kalau kau tak sayangkan lagi tak boleh dengan aku lagi berterus teranglah biar semuanya selesai. Aku tahu kau jenis yang tidak suka mengungkit kisah lama. Dan terpulang pada kau nak buat ape saja, kau nak post gamba perempuan, letak nama perempuan. kau buat lah aku dah tak rasa pape bila kau buat macam tu sebab hati aku dah membeku. Keras. Bila hati aku dah keras dah kosong mungkin susah untuk aku terima kau dengan ape yang dah terjadi. Kau pernah kisah kea aku ada kea aku tak ada kea dalam life kau ? Tak pernahkan ? Aku akan pergi dari life kau dan mungkin aku takkan berpaling pada kau lagi. Tapi jika suatu hari andai kita berjodoh InsyaAllah aku akan datang pada kau. Tapi untuk seketika dengan keadaan kita macam nie mungkin mustahil kau nak terima aku kembali. Perkataan "move on" itu aku cuba lakukan. Punya payah, bukan senang tapi aku cuma perlu redha yang kau dah tinggalkan aku. Setiap kenangan aku dan kau akan aku simpan dalam memori ingatan aku. Kalau kau dah jumpa pengganti aku nanti aku mengharap kau bahagia. Kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan kepercayan amat penting dalam mewujudkan sesebuah hubungan. Syafiq, aku sayangkan kau. Aku setia. Tiada ape yang merubah perasaan aku pada kau. Aku tak nak menyesal untuk kali yang keduanya. Setiap kesempatan yang ada akan aku cuba hargai dengan sebaik yang mungkin. Mengalir airmata aku bila merindui kau kekasih hati. Maafkan segala kesilapan aku pada kau ketika dulu.

Bila hati dan perasaan susah untuk mengungkap rasa hati. Maka terasa kuat untuk hati memedam rasa ini. Biarpun menangis dapat memupuk rasa tabah maka akan aku biarkan airmata ini terus mengalir. Kematangan membuat aku berfikir sejenak dimana aku harus bersabar disetiap dugaan yang mendatang. Sesuatu hubungan memerlukan komiment yang kuat antara satu sama lain. Kekalan sesuatu hubungan itu adalah bergantung pada kesetiaan individu itu sendiri. Kekecewaan yang melanda diri aku adalah dimana aku diuji olehNya yang maha besar. Disitu aku mula merasa sebuah hubungan adalah indah jika dipupuk dengan rasa cinta dan penuh kejujuran. Ada ketika cinta itu tidak semesti harus memiliki. Dimana cinta itu memerlukan pengorbanan yang besar terhadap perasaan diri dan pasangan. Biar seperit mana dugaan itu tapi insyaAllah kebahagiaan yang datang itu adalah kekal. Biarlah kau mengangap aku ini seperti tanggapan ape pun. Asalkan rasa cinta, apa yang aku lakukan untuk kau menunjukkan aku ikhlas menyayangi kau sampai ke hari ini. Rahsia hati aku mungkin tidak dapat kau ketahui. Biarpun aku cuba mengatakan tapi mungkin kau  tidak untuk cuba fahami. Jika benar menyayangi katakan. Biarlah semuanya terjawab. Andai aku pergi dari hidupmu. Bahagialah kau bersama penggantiku. Salam. InsyaAllah.