
|
Hi you alls ![]() Saidatul Aishah
Syafiq Fiqry's own ![]()
| Aku yang dulu Bukan yang sekarang
Assalamualaikum and Hi everyone . Dah lama rasanya tak update blog. Rinduu rasanya kan . Aku bukan lha seseorang sempurna tapi aku cuba untuk jadi seseorang sederhana dengan itu akan menjadikan aku lebih sempurna. Pengalaman mematangkan fikiran aku. Aku yang dulu seorang yang suka mempermainkan perasaan lelaki dari erti kata lain 'PlayGirl'. Itu semua dulu . Aku jadi macam nie disebabkan seseorang lelaki iaitu Ex couple aku #Fadil. Bagi aku lelaki semuanya sama hanya tahu mempermainkan perasaan perempuan sahaja. Sakit , kecewanya tak pernah lelaki tahu. Kadang kala aku terasa macam tak dihargai. Penat setia . penat jujur tapi langsung tak dihargai. Start daripada tu aku mula berubah jadi seorang playgirl dan hati aku puas bila dapat mempermainkan perasaan lelaki biar mereka sedar perasaan perempuan bukan mudah untuk diperkotak katikkan. Aku tahu semua itu salah tapi dalam fikiran aku cumalah "DENDAM" yang meluas terhadap lelaki. Bila diingatkan balik sakit sangat rasanya. Hanya tuhan sahaja yang tahu segala galanya. Bukan benci yang aku dambakan tapi cumalah Kekecewaan yang aku rasakan. Hanya kerana seorang lelaki , aku jadi hilang timbang rasa terhadap semua lelaki tambah tambah meraka yang cuma menghancurkan hidup aku. Semakin meraka dekati aku semakin benci aku rasakan. Bagi aku mereka tidak patut diberi muka sewenang-wenangnya. Jujur aku katakan aku gemar melihat orang kacak, dan orang kacak itulah yang menjadi sasaran aku. Dating??? itu menjadi perkara biasa bagi aku. Mengikut firasat aku selalunya orang kacak inilah yang gemar mempermainkan perasaan perempuan . Oleh sebab itu sebelum mereka mempermainkan aku lebih baik aku mempermainkan mereka dahulu. Easy right??. Aku boleh berubah SEANDAINYA ada jejaka yang boleh mengubah sikap aku ini. Tidak aku harapkan ada seseorang yang dapat mengubah diri aku ini tapi mustahillah aku sendiri tidak mahu setia terhadap insan yang bergelar lelaki, cuma Dendam yang membuatkan aku menjadi seperti itu. Jika aku diberi kesempatan untuk bertemu seorang jejaka yang benar benar ikhlas terhadap aku in shaa allah nama dialah yang akan aku simpan di hati dan di benak fikiranku. In shaa allah aku akan menjadi seperti dulu kala yang taat pada cinta, setia dan menghargai seseorang yang aku sayang. Adakah terlalu kejam aku mempermainkan perasaan lelaki atau membiarkan diri ini dipermainkan oleh lelaki. Mungkin ini lumrah kehidupan yang harus aku tempuhi dan tiada yang mustahil dalam dunia ini. Ok sampai sini sahaja story , mesti bosan nak baca panjang panjang, hihi xD . Back to normal. Bye :D |