Little Paris
Hi you alls

 photo 458b4d72e3394639a5e6a000f231518e_zpsb9324721.jpg
Assalamualikum! Hi I'm Saidatul Aishah. Welcome to My Paris Town. . Gomawo!


Entries About Linkies Kami


Saidatul Aishah

 photo 7129cdd9-29e4-4e27-a306-420fa51c23da_zps2fcc3eba.jpg


Syafiq Fiqry's own

 photo 1397917532798_zps4abddb6b.jpg</a>
Template: chacha
Basecodes: chacha
Others:   


5/12/14 Stay strong :'(

Bila ditanya tentang hati dan perasaan sememangnya aku masih menyayangimu. Assalammuailaikum. 5/12/14 dimana tarikh itu adalah sangat menyakitkan bagi aku sendiri. Sesuatu benda yang paling aku nak lupakan adalah tarikh tu dan kejadian itu. Dimana aku menangis menahan perasaan bila orang yang aku sayang tinggalkan aku macam tu tanpa kata putus. Sakitnya hanya  Allah jea yang tahu mungkin ini dugaan dalam hidup aku dengan apa salah aku pada dia. Sabar. Sesungguhnya rasa sakit yang aku rasa adalah sakit penyesalan aku sendiri. Aku menyesal dengan ape yang pernah terjadi. Hari demi hari, detik demi detik hari dan tahun berlalu kea 2015. Tahun 2015 aku mengharapkan sesuatu yang baru dari kehidupan aku. Usia aku meningkat ke 20 tahun. Yea, dugaan demi dugaan yang harus aku tempuh mungkin rasa sakit aku sekarang akan membuatkan aku lebih tabah untuk menghadapi segala kemungkinan. Sebuah hubungan aku mengharapkan kekalan tetapi ianya tergantung tanpa penjelasan dari si dia.

Aku tahu hubungan aku dengan kau tergantung tanpa kata putus. Sebab kau sendiri tak pernah mengatakan semua tu aku dah tahu dari awal. Ada 1 malam tu, kau call aku. Sememangnya aku dah tidur waktu tu sebab aku tak sihat. Kau call kata rindu, kau nangis. Perasaan aku masa tu rasa pilu bila dengar suara kau. Aku tak sanggup aku akui. Kau tak pernah tahu perkara yang amat menyakitkan bagi aku adalah balik kenduri makcik kau. Aku teringat bila airin adek kau tanya "akak dah putus dengan abang kea" 1 persoalan yang tak mampu aku nak jawab pada airin. Bila aku dengar eypa kata "abang dah ada pengganti akak" sebaris perkataan yang mampu buat aku rasa putus harapan pada kau. Aku tahu kau post gambar perempuan dekat wechat, kau letak nama girl tu, kau buat cincin couple dengan girl tu. Dengan alasan kau "kau tak nak aku berharap pada kau". Kau ingat aku apa kau nak permainkan perasaan aku dengan segala yang kau buat tu. Kalau aku otak sempit, kau lagi sempit dengan perangai bodoh kau segala bagai kat wechat tu. Tapi kau sendiri yang beri aku harapan palsu kau. Kau rindu, sayang bagai tu ? Kau tahu ape aku rasa sakit wehh. Sakit. Aku menangis bila adik adik kau pujuk aku. Diorang tahu kau ada awex baru sebab tu aku pulang segala pemberian kau, aku tuka num aku, wechat aku delete friend. Why ? Semua sebab kau. Kau yang nak sangat aku tak berharap pada kau kan ? Memang bodoh kau buat semua nie. Sejak tu aku tak nak contact kau, taknak dengar semua tentang kau. Kau buat hati aku hancur. Aku tak suka kau bagi harapan. Bila aku cuba pertahankan cuba pujuk kau langsung kau tak peduli. Walaupun salah aku pada kau perlu kea kau nak sakitkan hati aku dengan cara yang kau buat tuh. Susah aku nak terima semuanya. Dan aku tahu kau takkan terima aku kembali dalam hidup kau. Mustahil. Aku tahu sebab aku terbaca whatsapp kau dengan anis. Kau kata aku ada pakwe dekat KL ? Aku tak pernah ada pakwe KL. Habis awex kau kat perlis tu apeee ? Siap bercincin bagai, cover photo kau dengan perempuan tu, kau ingat aku buta kea ape ? Kau nak perbodohkan aku? Bagus perangai kau. Aku bangga !! Lepas ape yang terjadi antara aku dengan kau. Aku tak pernah terniat nak cari pengganti kau. Tak pernah. Tapi satu yang paling aku kecewa bila kau cakap "Akukan scandal kau jea" aku terasa terhina bila kau cakap macam tu. Mungkin dulu aku memang ada niat macam tu pada kau. Tapi itu dulu selepas aku kenal kau, couple dengan kau. Niat aku hilang macam tu jea. Dengan perlahan aku cuba menyayangi kau setelah sekian lama aku tak bercinta disebabkan ex aku Aidil. Aku berubah jadi setia disebabkan kau. Yes, aku hargai bila muncul nya kau dalam life aku. Kau merubah aku jadi seorang setia. Sebab tu aku terlalu menyayangi kau sampai lah sekarang. Aku tak ada lelaki lain. Aku cuma ada kau. Aku tahu mungkin kau susah nak percaya orang macam aku yang dulu nya ramai scandal tapi tak mustahil bagi aku berubah semua tuh. Aku tetap setia dengan kau sampai lah sekarang. Bila aku dapat tahu kau ada appendix nak kena bedah. Aku cuba untuk abaikan kau. Tapi aku tak boleh aku tetap ambil berat pasal kau. Dengan call mak kau tanya pasal kau masa tu. Aku cuba untuk rendahkan ego aku untuk call kau. 8 bulan aku still dengan kau walaupun keadaan kita macam nie aku cuba untuk kuat. Aku memang tak nak contact kau. Tapi aku pelik mana kau tahu twitter aku, wechat baru aku. Kekadang mana ada aku, situh mesti ada kau. Semua kau tahu. Serius pintu hati aku tertutup sangat. Hati membeku. Wechat baru aku, aku buat sebab tak nak kau carik aku. Tapi kau dah tahu. Wechat lama aku still ada lagi sebenarnya. Aku selalu on wechat lama. Bagi aku wechat dah tak penting dalam hidup aku. Twitter sama seperti blog tapi ianya tak boleh berkarang panjang. Yea mungkin wechat dulu tempat aku carik scandal. Tapi tidak sekarang. 2015 tak ada scandal dalam hidup aku sekarang. Alhamdulillah aku mampu buktikan semua nie. Aku cuba untuk terus melangkah dan terus matang setiap menjalani kehidupan aku. Aku rasa kehidupan aku yang sekarang lain berbanding dulu. Semua nie disebabkan tarikh 5/12/14. Benda dah lepas aku malas nak fikir semua nie. Biarlah semua nie berlalu. Ape yang penting masa sekarang yang harus aku corak agar menjadi lebih baik. Tapi kalau kau tak sayangkan lagi tak boleh dengan aku lagi berterus teranglah biar semuanya selesai. Aku tahu kau jenis yang tidak suka mengungkit kisah lama. Dan terpulang pada kau nak buat ape saja, kau nak post gamba perempuan, letak nama perempuan. kau buat lah aku dah tak rasa pape bila kau buat macam tu sebab hati aku dah membeku. Keras. Bila hati aku dah keras dah kosong mungkin susah untuk aku terima kau dengan ape yang dah terjadi. Kau pernah kisah kea aku ada kea aku tak ada kea dalam life kau ? Tak pernahkan ? Aku akan pergi dari life kau dan mungkin aku takkan berpaling pada kau lagi. Tapi jika suatu hari andai kita berjodoh InsyaAllah aku akan datang pada kau. Tapi untuk seketika dengan keadaan kita macam nie mungkin mustahil kau nak terima aku kembali. Perkataan "move on" itu aku cuba lakukan. Punya payah, bukan senang tapi aku cuma perlu redha yang kau dah tinggalkan aku. Setiap kenangan aku dan kau akan aku simpan dalam memori ingatan aku. Kalau kau dah jumpa pengganti aku nanti aku mengharap kau bahagia. Kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan kepercayan amat penting dalam mewujudkan sesebuah hubungan. Syafiq, aku sayangkan kau. Aku setia. Tiada ape yang merubah perasaan aku pada kau. Aku tak nak menyesal untuk kali yang keduanya. Setiap kesempatan yang ada akan aku cuba hargai dengan sebaik yang mungkin. Mengalir airmata aku bila merindui kau kekasih hati. Maafkan segala kesilapan aku pada kau ketika dulu.

Bila hati dan perasaan susah untuk mengungkap rasa hati. Maka terasa kuat untuk hati memedam rasa ini. Biarpun menangis dapat memupuk rasa tabah maka akan aku biarkan airmata ini terus mengalir. Kematangan membuat aku berfikir sejenak dimana aku harus bersabar disetiap dugaan yang mendatang. Sesuatu hubungan memerlukan komiment yang kuat antara satu sama lain. Kekalan sesuatu hubungan itu adalah bergantung pada kesetiaan individu itu sendiri. Kekecewaan yang melanda diri aku adalah dimana aku diuji olehNya yang maha besar. Disitu aku mula merasa sebuah hubungan adalah indah jika dipupuk dengan rasa cinta dan penuh kejujuran. Ada ketika cinta itu tidak semesti harus memiliki. Dimana cinta itu memerlukan pengorbanan yang besar terhadap perasaan diri dan pasangan. Biar seperit mana dugaan itu tapi insyaAllah kebahagiaan yang datang itu adalah kekal. Biarlah kau mengangap aku ini seperti tanggapan ape pun. Asalkan rasa cinta, apa yang aku lakukan untuk kau menunjukkan aku ikhlas menyayangi kau sampai ke hari ini. Rahsia hati aku mungkin tidak dapat kau ketahui. Biarpun aku cuba mengatakan tapi mungkin kau  tidak untuk cuba fahami. Jika benar menyayangi katakan. Biarlah semuanya terjawab. Andai aku pergi dari hidupmu. Bahagialah kau bersama penggantiku. Salam. InsyaAllah.

Letih nyaaaa.

Sometimes aku rasa letih, sakit hati dengan semua masalah nie. Apa yang perlu aku buat lagi? Sumpah aku dah tak larat sangat rasanya. Sakit sangat hati aku. Tapi aku cuba bertahan. Menangis? Air mata aku dah tak mampu untuk mengalir lagi kerana aku penat. Aku cuba meminta maaf atas semua kesalahan aku pada dia? Tapi dia hanya senyap mendiamkan diri. Apa lagi yang perlu aku buat ? Terasa aku nie bodoh terhegeh hegeh mintak maaf dekat dia. Tapi dia tak pernah peduli semua tuh? Dia kata aku tak faham keadaan dia? Selama nie ape aku mintak maaf dengan dia aku cuba faham perasaan dia. Dia tak nampak kea? Aku cuba nak jaga hati dia? Dia tak nampak semua tuh. Dia tak pernah nak mintak maaf kalau salah dia. Tapi aku ? Aku kena mintak maaf. Sakit nyaa bila dia abaikan semua ape yang aku cakap dekat dia selama nie. Hati kau sabar lah. Aku tahu kau dah tak mampu lagi nak bangun memang perit ape yang hati aku rasa sekarang. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia. Bila semua nak nie selesai ? Aku dah tak larat sangat. Kau kata nak mintak maaf dengan aku bila kau sampai perlis ? Aku tunggu ? Mana semua tuh? Aku tahu kau takkan cakap. Kau dera perasaan aku. Sakit kau tahuuu?! Kau nak ape? Aku mintak kau lepaskan aku. Kau tak nak? Kau nak aku tinggalkan kau macam aimie buat kau? Macam tu? Aku ada kea aku tak ada kea ? Kau kisah kea pasal aku? Kalau aku lost contact dengan kau ? Ada kau nak carik aku ? Ada ? Aku rasa. Kau takkan cari aku. Kalau kau tak boleh dengan aku lagi. Kau cakap lah. Aku tak nak kau terseksa bila dengan aku. Aku tahu ape aku rasa ? Aku rindu dengan kau. Kau tahu aku sayang kau macam mana? Pernah tak kau faham perasaan aku? Kau pernah fikir aku menangis sebab kau? Pernah ? Rasa sakit macam mana pun hati aku, geram macam mana pun hati aku dekat kau. Aku tetap sayang kau, rindu kau semua bagai tuh. Kau abaikan semua msg aku bagi, kau diam, kau tak pedulikan aku. Kau tahu tak hati aku rasa sakit masa tuh ? Aku tanya ada kau jawab ? Tak ada kan ? Asal kau tak jawab ? Kau diam jea kan ? Jujur, memang aku sayang kau. Tapi kalau kau dah tak boleh dengan aku lagi. Kau sendiri boleh fikir ape yang patut kau buat? Faham kan ? Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku.

Sahabat :')

Heyyy guyssss ! Jumpaaa lagiii ? Siapakah dia yang sebelah chacha tuh ? Okayh. Dia lah sahabat, dia lah lawan, dia sentiasa ada dengan cha bila cha susah. Nama dia Nadiah Bt Harun a.k.a Abby. Start cha kenal dia dari sekolah rendah lagi tapi lain lain class. Masa sekolah rendah tak rapat sangat naik jea sekolah menengah kami rapat sangat. Kami sentiasa bersama, lepak, jalan jalan petang petang, buat kerja gila, jadi jahat semua nya bersama. Kami memang budak degil. Tak ada lah degil sangat. Degil sikit jea pun. Hehe. Biasa lah dulu memang nakal, asyik merempit jea, tak ada lesen pun dah fly jauh jauh, mak ayah bukan tahu,. Apa ada hal kan ? Sampai lah sekarangan persahabatan kami. Now kami study sama sama di kolej yang sama, course yang sama, rumah yang sama dan stay satu bilik yang sama. Hope persahabatan kami kekal. Yes, cha memang sayang dekat budak sebelah cha nie. Yealah, selalu bersama jarang berpisahkan ? Kalau dia sedih cha pun sedih. Cha tak boleh tengok dia sedih, kalau dia sedih mesti cha ikot sedih. Dapat rasa ape yang dia rasa, faham perasaan dia. Tapi cha tak pernah halang kebahagiaan dia. Kalau itu yang terbaik, teruskan. Cha akan sokong dia dari belakang. Always ada dengan dia bila dia perlukan cha. Setiap masalah kami akan berkongsi bersama. Susah kita nak cari sahabat selalu ada dengan kita bila senang dan susah, saat kita sedih kan ? Kalau ada pun tak semua mampu jadi yang terbaik. Bila kita senang baru sahabat tu ada dengan kita ? Bila kita susah ? Mana sahabat tu ? Bila ingat kenangan masa sekolah dulu terasa rindu sangat. Bila umur dah meningkat kita manusia pun menjadi matang. Pape pun cha sayang kat si buffering nie yang pelat "S" hahaha xD Hope persahabatan kita kekal yoooo babe !

Perkara biasa bila bercinta

Hi uolls ? Rindunyaa dengan blog chacha nie. Dah bersawang sawang kan ? Heee xD Final exam dah abeh now tunggu result and next semester 4 ? Cakap pasal result, cha dah seram sejuk. Takot pointer jatuh jea. Hmm. Wahhh, sekejap jea cha dah nak sem 4 rasa macam baru masuk kolej jea. Tu lah masa terlalu pantas berjalan. Umur pun semakin meningkat. Diri pun kena lah semakin matang dan bercinta mesti lah setia pada yang satu. Sebenarnya rindu dekat dia #MSFN. Yealah bila bergaduh nie masing masing senyap. Entah lah. Kadang kadang tak semua percintaan tu indah dan sempurna yang membuatkan ianya lebih sempurna ada lah diri kita sendiri. Bila bergaduh mesti menangis, diamkan diri, fikir ape salah kita kadang kadang rasa tu membuatkan kita rasa sakit sangat sampai tak larat nak tanggung semua tuh. Yes, memang betul kata orang bila bercinta tak ada bergaduh semua tuh takkan lengkap. Sabar lah selagi terdaya. Bila bergaduh dengan pasangan mesti marah, bengang, cakap kasar, maki semua bagai tu tapi sebenarnya kita tak ada niat pun nak cakap macam tu mungkin waktu tuh kita tengah serabut sangat dengan keadaan nya tertekan macam macam makian keluar. Normal lah. Kita kena faham. Bila perempuan mesti mengalirkan airmata bila kekasih dia marah kan. Patut kita kena lah saling memahami antara satu sama lain. Cuba berbincang selesaikan masalah tu bukan nya cara mendiamkan diri dan buat kita tertanya tanya. Hmmm. Bila dah gaduh mesti tak nak gaduh lelama kan ? Yealah, kalau gadoh lelama mesti rindu. Bila dah rindu nak call, nak whtsapp macam nak tak nak time tu mesti ego menguasai diri kita. Ego ? Satu sikap, satu perkataan yang mungkin akan menghancurkan sebuah perhubungan. Buanglah ego tu jauh jauh. Kalau rindu, katakan rindu. Kalau sayang, katakan sayang. Jujurkan lebih baik daripada menipu perasaan sendiri. Sesiapa jea yang bercinta siapa tak sayanggg kekasih dia kan ? Kalau aku sendiri pun aku sayang *Cinta Hati Aku*hehehe. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia nie semua manusia melakukan kesilapan dan setiap manusia diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki kesilapan nyaa. Diri aku sendiri pun banyak kekurangannya. Dengan sikap aku, perangai aku ? Yang dia sendiri pun nampak. Hmm. Tapi aku cuba untuk berubah demi kebaikan diri aku sendiri dan demi dia. InsyaAllah. Be strong.

Ego ??

Assalamuailaikum semua. Final exam dah dekat. Minggu depan jea. Study kadang kadang jea. Banyak sangat masalah bila nak dekat final. Tekanan semakin terasa. Macam macam dugaan. Kadang kadang rasa nak lari dengan semua nie. Hmmm, apelah kena dengan aku nie. Sabar lah saidatul. Hmm, rindunyaa dekat mak ayah, adek-2 semua. Dan tak lupa dengan seseorang yang mampu bukak pintu hati aku #MSFN. Mak, yong nak balik perak. Rindu dekat mak ayah.

Awakkk.....saya sedar selama saya dengan awak semua yang terjadi sebab saya kan ? Saya tahu awak bersabar dengan saya. Kadang kadang mesti awak tak tahan dengan saya kan ? Saya tahu saya dah banyak menyusahkan awak dan bebankan awak. Saya tahu saya ego. Kadang kadang saya tak percaya awak kan ?    Saya mintak maaf awak. Saya tak nak awak terbeban dengan semua ini lagi. Saya tak nak menyusahkan awak lagi. Kadang kadang saya tak larat nak gaduh dengan awak. Saya penat. Dan saya tahu awak penat jugak kan ? Saya tak nak awak kecewa lagi disebabkan saya. Mungkin dengan saya undur diri awak takkan terbeban dengan semua nie. Saya tak nak awak tertekan. Saya tak nak awak bersabar dengan kerenah saya lagi. Cukup lah selama nie awak bersabar dengan saya kan ? Lagipun saya terasa dengan bahasa yang awak cakap dengan saya tuh. It's okay lah. Semua tu memang sakit pun. Makin lama awak kenal saya makin banyak kekurangan saya awak akan nampak. Sama ada awak nak terima atau tak tu hak awak. Saya tak mampu nak jadi yang sempurna. Mungkin saya nie tak mampu jaga hati awak kan ? Hmm, tauuu. Sebab takkan ada orang terima kita seadanya. Awak pun sama jugak kan. Mesti awak takot saya still berhubungan dengan scandal saya lagi ? Mustahil lah awak tak fikir semua tuh. Playgirl kan ? Playgirl macam saya mana ada yang percaya. Saya tak kesah lah. Yang penting prinsip saya cuma satu jea. Ada lelaki yang berjaya bukak pintu saya, baru saya buang sikap playgirl saya baru saya setia tapi dengan syarat lelaki tu mampu terima diri saya seadanya even dia tahu saya macam mana. Thanks awak, sebab bawak saya jumpa parents awak dan kenalkan saya dengan parents awak, belom pernah lagy ada lelaki yang berani bawak saya jumpa parents kan ? Terima Kasih. Saya hargai setiap ape yang awak dah buat untuk saya. Tapi saya selalu berharap awak yang terakhir bagi saya. Saya berharap nak hubungan nie lebih serius lagi. Tapi saya tahu makin banyak lagi dugaan kita akan tempuhi bersama. Saya takut kalau saya tak mampu nak hadapi nyaa. Tapi InsyaAllah saya akan cuba. Saya bukan tak percaya awak syafiq. Tapi saya takut untuk bercinta bila seseorang tu nak mempermainkan saya. Dari situ saya start fikir bukan bukan. Saya pun tak tahu. Saya cuba elak semua tu, tapi saya sendiri pun entah lah. Saya kalau awak macam nak tak layan saya. Saya diam jea. Nanti bila saya tanya macam macam awak kata saya mendesak. Saya malas dah. Biarlah. Sabar jea lah saya mampu. Ehh , terima kasih sebab cakap saya special bagi awak. Awak pun special jugak taw. Sorry. Thanks for everthing keyh syafiq.

Hargai selagi masih aku disisi kau :'(

Assalammuailaikum semua. Rindu rasanya dekat blog nie. Hmm :'( . Sama rasa rindu aku pada dia "MSFN" tahu kea aku rindu kan dia ? hmmm , entah lah. Tak tahu kenapa semenjak nie hati rasa sedih sangat. Mohon ada yang mengerti tentang hati ini. Mungkin ape yang terjadi nie semua salah aku. Tak layak kea aku untuk dia ? Aku tahu aku tak sempurna. Aku tahu aku tak mampu untuk bahagiakan dia. Tapi aku cuba untuk buat dia bahagia. Dimana silap aku ? Aku berusaha cuba perbaiki kesilapan aku. Sedih sangat rasa dia. hanya Allah jea yang tahu. Aku rindu dia yang dulu yang ada selalu dengan aku. Tapi mana semua tuh ? Kenapa ianya hilaang sekelip mata? Hadir dia membawa seribu makna dalam hidup aku. Hmm , sedih :'(

Aku berubah semua kerana dia dari playgirl terus menjadi setia. Semua sebab awak sebab saya sayangkan awak. Hmmm. Kenapa dia tak nampak semua tu ? Kenapa ?!! Dia tak nampak kea yang aku selalu ambil tentang diri dia , selalu ada dengan dia ? Kenapa setiap kali aku setia tiada siapa pun yang hargai. Setiap kali ape yang aku buat untuk dia, dia tak pernah nampak? Hati nie hanya mampu bersabar. Aku penat hadapi semua nie. Penat sebab tak ada yang tahu menghargai. Aku cuma mintak dia faham ape yang aku rasa. Aku mengharapkan satu hubungan yang bahagia dan kekal. Aku cuba bertahan kerana dia. Aku cuba kuat kerana dia. Kenapa dia tak nampak ? Awak , please hargai saya. Saya sedih sangat :'(

Aku bersyukur dapat kenal dia dan aku tak pernah menyesal kenal dia. Awak , pernah kea faham rasa hati ini. Mungkin awak dah taj sayangkan saya lai , mungkin jugak awak masih sayangkan ex awak lagi .Kembali ah awak pada ex awak , saya tak mengharapkan pape dari awak saya tahu sy tak mampu jadi macam ex awak. Saya hanya Saidatul Aishah yang banyak kekurangan nya dan tak mampu nak bahagiakan awak. Saya tahu awak dah malas nak layan saya. Saya tahu awak dah menjauh dari saya. Awak dah jarang otp dengan saya. Saya rindu semua tuh. It's okay. Saya nak awak bahagia syafiq walaupun bukan dengan saya. Saya redha kalau awak awak dah tak sayang saya. Saya pasrah. Terima Kasih sebab hadir dalam hidup saya dan bahagiakan saya walaupun ianya hanya seketika. Saya hargai segala jasa awak. saya tahu awak susah nak terima kisah silam saya. Tapi percaya lah saya setia pada cinta awak syafiq fiqry. Hmm :'(

Ya Allah , kau berikan lah aku kekuatan untuk hadapi dugaanmu nie. Aku percaya ada hikmahnya sebalik ape yang terjadi. kau tabahkan lah hatiku Ya Allah. Berikanlah aku keredhaanmu Ya Allah. Aku berharap tidur aku yang panjang dan tidak akan bangun lagi. Mungkin ini takdir untukku. Aku berdoa Ya Allah , aku berharap orang yang aku sayang bahagia "MSFN". Terima Kasih Ya Allah.

Sabar. Mampu tersenyum :')

Hii korang :'D . Chacha rindu nak update blog. Heeee xD. Sorry chacha tak pandai nak berkarang just tulis biasa-2 jea. Chacha sedih tapi chacha hanya mampu bersabar dan cuba untuk tersenyum :'). Ya Allah apa salah aku dekat aimie? Sampai dia datang serang aku ? Dia add id wecht aku. Dia cakap macam2. Dia sakitkan hati aku. Kea dia nak rosak kan hubungan aku dengan syafiq ? Tapi kenapa dia perlu cakap macam tuh ? Sakit sangat hati nie ? Aku pun ada hati & perasaan. Sabar itu satu perkataan yang mampu aku buat sekarang. Kenapa syafiq perlu layan dia lagy ? Yea aku tau mgkin dia masih sayangkan ex dia lagi. Tipu lha klu tak sayang kan ? Bukan mudah kita nak lupakan ex kan ? Aku faham sebab aku sendiri pernah rasa. Aku sabar ape yang aku rasa. Tapi hati dan perasaan aku sakit bila dia layan aimie wecht aimie , msg aimie dan call aimie. Tapi tak ape aku tetap bersabar dan cuba faham keadaan dia walaupun sakit aku cuba tuk kuatkan hati aku. Tipu lha kalau aku tak cemburu bila dia layan ex dia kan ?. Yea, hanya hati aku jea tau macam mana rasa sakitnya hati nie. Dan kenapa perlu dia bagi password facebook dia dekat ex dia ? Awek mana tak terasa semua tuh ? Dan perlu kea aimie nak ugut dia bagai ? Perempuan jenis ape kau aimie ? Suka sakit hati orang lain ? Kau sendiri dah ada pakwe boleh fikir ? Budak sekolah aku faham mybe kau tak matang lagi. Sedihh aku tengok kau. Perlu kea aimie sound aku kat facebook ? Ya Allah , aku hanya mampu sabar dan terus bersabar. Aku cuba pertahankan hubungan nie selagi aku terdaya. Aku tahu syafiq cuba untuk sembunyikan semuanya dari aku sebab tak nak sakitkan hati aku. Tapi biar jujur walaupun benda tuh sakit. Aku cuba untuk kuat selagi aku mampu. Kejujuran dalam perhubungan tuh sangat penting. Aku cuba jaga hubungan kami. Hanya syafiq Fiqry yang aku sayang.  Terima kasih awok . Awok tauuu dakkk kitaaa sayang bebenor kat awokkk . Kitaaa takut betul hilang awok syafiq. Haha xD Serius taww . Tak main main . Heeee xD Byeeeeeeeeeee . LoveYouuMore :*